Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung InfinitesaneDaily. Ketika ini, entri ini ditulis saya berada didalam bas dari Klang pulang ke rumah.
Hari ini saya pergi berbelanja baucar buku 1 Malaysia saya. Cerita lanjut di "diari" aka blog saya satu lagi.
Saya tiba di Klang dari Kuala Lumpur pada ketika azan maghrib berkumandang. Maka saya langkahkan kaki yang makin lenguh ni ke masjid Klang yang "separuh terapung" di atas Sungai Klang. Pandangan dari jambatan sangat kabur dek kerana jerebu kuat yang melanda Klang. Dalam minggu ini, hari inilah jerebu yang paling teruk pada pandangan saya.
Masjid Klang yang nampak kabur di kala senja
Seusai solat maghrib berjemaah (makmum masbuk je, lambat sikit masa sampai), sebelum imam meneruskan aktiviti, imam memberi tazkirah yang mengingatkan kita betapa Allah sedang menguji kita, jerebu yang makin teruk, tentang kiamat hari Jumaat dan dajjal dan sebagainya. Maka imam menyarankan agar dikurangkan urusan duniawi dan memperbanyakkan urusan ukhrawi.
Bukanlah tujuan saya membuka aib saya sendiri, tapi pengakuan saya ini diharap dapat juga dijadikan iktibar buat pembaca sekalian. Saya sering diberi ruang dan peluang dari Allah untuk beribadat di surau. Apa maksudnya? Maksudnya sepanjang hidup saya sejak saya baligh, surau dan tempat tinggal saya tak pernah jaraknya lebih dari 200meter! Rumah ibu bapa saya di klang, rumah sewa masa di parit raja dulu dan kini rumah sewa di bangi, semuanya dekat dengan surau. Tapi malangnya amat jarang sekali saya mengerjakan solat berjemaah. Bukankah tanggungjawab seorang lelaki untuk solat berjemaah? Malangnya, saya bukan baik. Semasa saya belajar di UTHM dahulu, bila saya pulang ke klang, saya agak rajin berjemaah. Tapi kini bila saya gagal menghabiskan pengajian, dan kembali mengambil diploma, saya berhenti berjemaah, kerana apa? Kerana saya malu bila orang tanya apa saya buat sekarang. Alasan yang tak boleh diterima walaupun sampai sekarang saya berpegang dengan alasan itu. Malu orang lain saya ambil pusing, malu pada Allah? mana nak letak? Alhamdulillah, perjalanan hari ini dapat peluang solat berjemaah. Betul kata orang, nak berubah biar sikit-sikit. Tapi dalam kes solat berjemaah ni, sebenarnya wajib pada saya lelaki menunaikan secara berjemaah.
Memang zaman ini zaman yang banyak fitnah. Fitnah di sana sini. Bencana melanda di merata tempat. Ujian demi ujian Allah turunkan menunjukkan betapa hebatnya kuasa Dia. Semua itu menunjukkan dunia ini dah hampir ke akhir zaman. Sama-samalah kita berdoa agar dijauhi ftnah akhir zaman dan fitnah dajjal. Saya mengamalkan doa ini selepas membaca tahiyyat akhir:
"Allahumma inni a'uzubika min 'azabil qubr wa min 'azabinnar, wa min fitnati mahya wal mamat, wa min fitnati masiihiddajjal"
Doa ini memohon agar dilindungi dari azab kubur dan neraka, dilindungi dari fitnah hidup dan mati, juga dari fitnah dajjal.
Sama-sama berubah menjadi lebih baik.