Showing posts with label Agama. Show all posts

Allah dah tunjuk kuasa-Nya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung InfinitesaneDaily. Ketika ini, entri ini ditulis saya berada didalam bas dari Klang pulang ke rumah.
Hari ini saya pergi berbelanja baucar buku 1 Malaysia saya. Cerita lanjut di "diari" aka blog saya satu lagi.

Saya tiba di Klang dari Kuala Lumpur pada ketika azan maghrib berkumandang. Maka saya langkahkan kaki yang makin lenguh ni ke masjid Klang yang "separuh terapung" di atas Sungai Klang. Pandangan dari jambatan sangat kabur dek kerana jerebu kuat yang melanda Klang. Dalam minggu ini, hari inilah jerebu yang paling teruk pada pandangan saya.

Masjid Klang yang nampak kabur di kala senja

Seusai solat maghrib berjemaah (makmum masbuk je, lambat sikit masa sampai), sebelum imam meneruskan aktiviti, imam memberi tazkirah yang mengingatkan kita betapa Allah sedang menguji kita, jerebu yang makin teruk, tentang kiamat hari Jumaat dan dajjal dan sebagainya. Maka imam menyarankan agar dikurangkan urusan duniawi dan memperbanyakkan urusan ukhrawi.

Bukanlah tujuan saya membuka aib saya sendiri, tapi pengakuan saya ini diharap dapat juga dijadikan iktibar buat pembaca sekalian. Saya sering diberi ruang dan peluang dari Allah untuk beribadat di surau. Apa maksudnya? Maksudnya sepanjang hidup saya sejak saya baligh, surau dan tempat tinggal saya tak pernah jaraknya lebih dari 200meter! Rumah ibu bapa saya di klang, rumah sewa masa di parit raja dulu dan kini rumah sewa di bangi, semuanya dekat dengan surau. Tapi malangnya amat jarang sekali saya mengerjakan solat berjemaah. Bukankah tanggungjawab seorang lelaki untuk solat berjemaah? Malangnya, saya bukan baik. Semasa saya belajar di UTHM dahulu, bila saya pulang ke klang, saya agak rajin berjemaah. Tapi kini bila saya gagal menghabiskan pengajian, dan kembali mengambil diploma, saya berhenti berjemaah, kerana apa? Kerana saya malu bila orang tanya apa saya buat sekarang. Alasan yang tak boleh diterima walaupun sampai sekarang saya berpegang dengan alasan itu. Malu orang lain saya ambil pusing, malu pada Allah? mana nak letak? Alhamdulillah, perjalanan hari ini dapat peluang solat berjemaah. Betul kata orang, nak berubah biar sikit-sikit. Tapi dalam kes solat berjemaah ni, sebenarnya wajib pada saya lelaki menunaikan secara berjemaah.

Memang zaman ini zaman yang banyak fitnah. Fitnah di sana sini. Bencana melanda di merata tempat. Ujian demi ujian Allah turunkan menunjukkan betapa hebatnya kuasa Dia. Semua itu menunjukkan dunia ini dah hampir ke akhir zaman. Sama-samalah kita berdoa agar dijauhi ftnah akhir zaman dan fitnah dajjal. Saya mengamalkan doa ini selepas membaca tahiyyat akhir:
"Allahumma inni a'uzubika min 'azabil qubr wa min 'azabinnar, wa min fitnati mahya wal mamat, wa min fitnati masiihiddajjal"
Doa ini memohon agar dilindungi dari azab kubur dan neraka, dilindungi dari fitnah hidup dan mati, juga dari fitnah dajjal.

Sama-sama berubah menjadi lebih baik.
Thursday, 13 March 2014
Posted by Infinitesane 2.0
Tag :

Syria, Egypt and Palestine: The Reason We Should Be Grateful

Assalamualaikum and very good day to InfinitesaneDaily viewer.

This Saturday is the independence day for Malaysia. I just want to say that I'm very grateful breathing on a free land, despite of political issues lingering around this country, I still can say that I can still walk around, having a good time with my family and friends without having any restriction or detention.

Independence day has become a celebration for Malaysian, a public holiday. Many (not all) young people are more concern about where to hang out on the night of the celebration rather than to reflect on the sacrifices made for our freedom.

When I turn on the news and saw conflict in Syria, Egypt and Palestine, my heart cry. As a Muslim, they're my brothers and sisters. Sometimes I don't want to watch it because it hurt. Assad with the chemical weapon, and USA insist to attack Syria. Who is the victim? Of course the defenseless citizen. You don't have to be smart to know that.

So, I urge all Malaysian to be grateful and embrace the freedom. Do not jeopardize this freedom just for a political interests. It's fine to have differences, but don't make it as an excuse to ruin this freedom.

I wish we all live in peace and harmony.
Thursday, 29 August 2013
Posted by Infinitesane 2.0

Dilema melayu: Agama Atau Bangsa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung Infinitesane Daily. Tajuk entri hari ini hampir sama dengan buku karya perdana menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohammad. Tapi ianya tak ada kena dengan karya tersebut, tapi ianya ada kena mengena dengan isu semasa.

Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Pilihanraya ke-13 sudah lama tamat, demamnya pun sudah makin surut, namun masih ada saki-baki pihak-pihak yang masih tak mahu berhenti dengan isu-isu yang meniup api kemarahan. Ingin saya tekankan disini, saya bukanlah penyokong tegar mana-mana pihak, saya dah menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengundi, dan biarlah Allah menentukan mana yang terbaik.

Mula-mula, saya secara peribadi kurang bersetuju dengan siri perhimpunan yang dianjurkan pembangkang, saya tahu, ramai kenalan saya tahu saya ini lebih menganjur ke pembangkang dari kerajaan. Namun saya merasakan siri perhimpunan ini membuang masa, dan sebagai pencinta negara, saya sangat sedih dengan perhimpunan-perhimpunan sebegini yang menghasilkan sampah sarap dengan kuantiti yang banyak. Sudah berkali-kali saya tekankan yang kita takkan mencapai taraf negara maju seandainya mentaliti kita tak nak maju. Mentaliti berkelas tinggi akan bertanggungjawab meskipun terhadap sampah mereka sendiri. Saya sering menggunakan pengangkutan awam, tiket bas yang telah digunakan akan dibuang sejurus selepaspenumpang turun dari bas. Susah sangat ke nak simpan sampah kering tu buat sementara dalam tangan, atau dalam poket sementara mencari tong sampah? Sebelum saya lari dari topik, ayuh kita kembali semula kepada tajuk kita. Sekiranya benar BN menipu dalam pilihanraya, lakukan semua cara yang benar melalui undang-undang. Selebihnya, tawakkallah kepada Allah, dia yang mengizinkan segalanya berlaku. Usahlah menggangu produktiviti negara, atau mengganggu waktu berkualiti rakyat Malaysia.

Kedua, ini saya tujukan kepada BN. Ini adalah isi utama dalam entri ini. Mengapakah mereka ini sering memainkan isu-isu perkauman untuk membuatkan rakyat Malaysia, melayu khususnya benci-membenci terhadap kaum lain. Cina khususnya. Inilah dilema yang saya maksudkan. Samada kepentingan Islam atau Melayu yang harus diutamakan? Berbagai isu-isu perkauman ditiup di laman sosial dan bukan sedikit yang termakan dengan isu ini apabila mereka membenci kaum cina. Mereka salahkan cina bila mereka pegang ekonomi Malaysia. Malaysia ini negara Melayu kata mereka. Mereka tak sedarkah yang seluruh planet ini Allah yang punya? Kenapa harus tuding jari kepada orang lain bila masalah ini berpunca dari kita sendiri? Mereka orang cina tak dapat pun kelebihan sepertimana kita orang Melayu dapat. Masih boleh berjaya. Jawapannya adalah solidariti sesama mereka. Bila mereka berniaga, mereka saling membantu antara satu sama lain. Melayu kalau berniaga? Sesama melayu pun saling nak menjatuhkan. Macam mana nak maju? Itu belum kira yang guna jin, santau dan sebagainya. Bukankah itu merugikan melayu? Jadi, berhenti menuding jari dan salahkan diri sendiri dahulu. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itulah yang cina lakukan. Pernahkah anda pergi solat jumaat atau solat sunat aidifitri/aidiladha dan pernahkah anda layan warga bangladesh sepertimana orang lain? Pastinya kita punya persepsi kurang baik terhadap mereka. Padahal mereka juga beragama Islam. Ternyata kita, secara majoriti lebih utamakan bangsa dari agama. Ini (klik sini) adalah post yang saya jumpa di facebook. Lihat post tersebut, lihat juga komen-komen dibawahnya, inikah sikap rakyat yang maju?

Tapi bagi saya, adalah lebih baik kita tujukan prioriti kita kepada Islam. Kenapa? Islam tak memandang bangsa. Kita boleh sepatutnya dapat perolehi kuasa ekonomi DUNIA kalau bukan kerana kita sesama Islam bertelagah, bergaduh dan berperang sesama sendiri. Kita semua saling memerlukan. Kita ada saudara berbagai bangsa. Kita perlukan semua kepakaran tersebut untuk membentuk solidariti yang mantap dan menggerunkan musuh-musuh Islam. Hebatnya musuh-musuh Islam dengan menyuntik sentimen-sentimen perkauman dan politik untuk kita berbalah sesama sendiri. Di akhirnya mereka menang, kita rugi. Bagi yang berbalah, yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang. Muhasabahlah. Janganlah dengan mudahnya termakan fitnah tanpa usul periksa. Aku tahu masih lama lagi masanya untuk sesama Islam bersatu. Kerana mereka ego dan lupa, kuasa yang DIPINJAMKAN itu datangnya dari Allah. Mereka lupa yang dunia ini sementara. Bermuhasabah dan koreksilah diri kita.

Dengan itu, Salam malam Jumaat, jom baca surah Al-Kahfi, moga dijauhkan dari fitnah.
Jumpa lagi...

K-tea
Thursday, 20 June 2013
Posted by Infinitesane 2.0

Popular Post

- Copyright © Infinitesane Daily -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -