Allah dah tunjuk kuasa-Nya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung InfinitesaneDaily. Ketika ini, entri ini ditulis saya berada didalam bas dari Klang pulang ke rumah.
Hari ini saya pergi berbelanja baucar buku 1 Malaysia saya. Cerita lanjut di "diari" aka blog saya satu lagi.

Saya tiba di Klang dari Kuala Lumpur pada ketika azan maghrib berkumandang. Maka saya langkahkan kaki yang makin lenguh ni ke masjid Klang yang "separuh terapung" di atas Sungai Klang. Pandangan dari jambatan sangat kabur dek kerana jerebu kuat yang melanda Klang. Dalam minggu ini, hari inilah jerebu yang paling teruk pada pandangan saya.

Masjid Klang yang nampak kabur di kala senja

Seusai solat maghrib berjemaah (makmum masbuk je, lambat sikit masa sampai), sebelum imam meneruskan aktiviti, imam memberi tazkirah yang mengingatkan kita betapa Allah sedang menguji kita, jerebu yang makin teruk, tentang kiamat hari Jumaat dan dajjal dan sebagainya. Maka imam menyarankan agar dikurangkan urusan duniawi dan memperbanyakkan urusan ukhrawi.

Bukanlah tujuan saya membuka aib saya sendiri, tapi pengakuan saya ini diharap dapat juga dijadikan iktibar buat pembaca sekalian. Saya sering diberi ruang dan peluang dari Allah untuk beribadat di surau. Apa maksudnya? Maksudnya sepanjang hidup saya sejak saya baligh, surau dan tempat tinggal saya tak pernah jaraknya lebih dari 200meter! Rumah ibu bapa saya di klang, rumah sewa masa di parit raja dulu dan kini rumah sewa di bangi, semuanya dekat dengan surau. Tapi malangnya amat jarang sekali saya mengerjakan solat berjemaah. Bukankah tanggungjawab seorang lelaki untuk solat berjemaah? Malangnya, saya bukan baik. Semasa saya belajar di UTHM dahulu, bila saya pulang ke klang, saya agak rajin berjemaah. Tapi kini bila saya gagal menghabiskan pengajian, dan kembali mengambil diploma, saya berhenti berjemaah, kerana apa? Kerana saya malu bila orang tanya apa saya buat sekarang. Alasan yang tak boleh diterima walaupun sampai sekarang saya berpegang dengan alasan itu. Malu orang lain saya ambil pusing, malu pada Allah? mana nak letak? Alhamdulillah, perjalanan hari ini dapat peluang solat berjemaah. Betul kata orang, nak berubah biar sikit-sikit. Tapi dalam kes solat berjemaah ni, sebenarnya wajib pada saya lelaki menunaikan secara berjemaah.

Memang zaman ini zaman yang banyak fitnah. Fitnah di sana sini. Bencana melanda di merata tempat. Ujian demi ujian Allah turunkan menunjukkan betapa hebatnya kuasa Dia. Semua itu menunjukkan dunia ini dah hampir ke akhir zaman. Sama-samalah kita berdoa agar dijauhi ftnah akhir zaman dan fitnah dajjal. Saya mengamalkan doa ini selepas membaca tahiyyat akhir:
"Allahumma inni a'uzubika min 'azabil qubr wa min 'azabinnar, wa min fitnati mahya wal mamat, wa min fitnati masiihiddajjal"
Doa ini memohon agar dilindungi dari azab kubur dan neraka, dilindungi dari fitnah hidup dan mati, juga dari fitnah dajjal.

Sama-sama berubah menjadi lebih baik.
Thursday, 13 March 2014
Posted by Infinitesane 2.0
Tag :

InfiniteSane Daily is back! But... (English/Malay)

create your meme yourself at memegene.net

(English)

Assalamualaikum and a very good day to all visitors (not sure if there're still any) Infinitesane Daily. After almost 7 months this blog being abandon, I decided to resurrect it back. Don't hope too much, I'm still not able to give 100% commitment to this blog. Unfortunately, I will not able to "revamp" the whole blog. The interface might be just the same.

However, the Daily Dose will not exist anymore after this. The Daily Dose concept will just refrain Infinitesane Daily to update any news/stories as fast as we can. I will also try to find any contributor to write here. I guess this is all for now. I'll see you again next post.

(Melayu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung (tak pasti samada masih ada) Infinitesane Daily. Selepas hampir 7 bulan blog ini terbengkalai, saya mengambil keputusan untuk "membangkitkan" semula. Tapi jangan terlalu berharap sangat, saya masih tak dapat memberi 100% komitmen kepada blog ini. Malangnya, saya tak dapat mengubahsuai seluruh blog ini. Antaramukanya kebarangkaliannya adalah sama.

Walaubagaimanapun, Daily Dose tak akan wujud lagi selepas ini. Konsep Daily Dose hanya akan menyekat Infinitesane Daily untuk mengemaskini berita/cerita sepantas mungkin. Saya juga akan cuba mencari penyumbang untuk menulis di sini. Sampai di sini sahaja dahulu. Jumpa lagi di entri akan datang.

KT
Monday, 10 March 2014
Posted by Infinitesane 2.0

Syria, Egypt and Palestine: The Reason We Should Be Grateful

Assalamualaikum and very good day to InfinitesaneDaily viewer.

This Saturday is the independence day for Malaysia. I just want to say that I'm very grateful breathing on a free land, despite of political issues lingering around this country, I still can say that I can still walk around, having a good time with my family and friends without having any restriction or detention.

Independence day has become a celebration for Malaysian, a public holiday. Many (not all) young people are more concern about where to hang out on the night of the celebration rather than to reflect on the sacrifices made for our freedom.

When I turn on the news and saw conflict in Syria, Egypt and Palestine, my heart cry. As a Muslim, they're my brothers and sisters. Sometimes I don't want to watch it because it hurt. Assad with the chemical weapon, and USA insist to attack Syria. Who is the victim? Of course the defenseless citizen. You don't have to be smart to know that.

So, I urge all Malaysian to be grateful and embrace the freedom. Do not jeopardize this freedom just for a political interests. It's fine to have differences, but don't make it as an excuse to ruin this freedom.

I wish we all live in peace and harmony.
Thursday, 29 August 2013
Posted by Infinitesane 2.0

Popular Post

- Copyright © Infinitesane Daily -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -