Posted by : Infinitesane 2.0 Saturday, 11 August 2012

Gambar diambil dari sini

Assalamualaikum dan selamat datang ke "Berkat Jumaat" hari ini. Walaupun sudahpun Sabtu di kala saya menaip perenggan ini. Macam mana Ramadhan? Ada OK?


Hari ni (Jumaat) 21 Ramadhan 1433H. Lagi beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut hari lebaran. Sejujurnya, Ramadhan saya kali ini lah Ramadhan yang paling saya rasa tidak memuaskan bagi saya secara peribadi. Kerana apa? Kerana saya sangat sedikit melakukan amalan-amalan yang kebiasaannya kita lakukan semasa di bulan Ramadhan. Ianya adalah melakukan solat terawih. Saya malu nak beritahu tetapi apa yang boleh saya katakan ialah bilangan kali saya melakukannya boleh dibilang dengan jari tangan sahaja, sebelah sahaja. Saya samada terlalu sibuk, atau terlalu letih untuk melakukannya. Saya tak mahu menjadikannya alasan, tetapi semenjak saya mempunyai komitmen baru ini, saya gagal melaksanakan amalan terawih yang biasa saya lakukan sebelum ini. Saya berharap saya akan dapat melaksanakannya di hari-hari terakhir di bulan Ramadhan tahun ini. Malah, saya berharap saya akan masih bernyawa pada tahun hadapan untuk memperbaiki Ramadhan tahun hadapan, InsyaAllah.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © Infinitesane Daily -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -