- Back to Home »
- Mega Monday , Movie »
- Filem Melayu Tak Menarik? Apa yang Masih Kurang?
Posted by : Infinitesane 2.0
Monday, 18 February 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat siapa sahaja yang masih sudi singgah ke blog ini. Sudah terlalu lama blog ini tak dikemaskini. Saya lihat masih ada sedikit pengunjung yang sudi mengunjung blog ini. Hari ini adalah "Mega Monday" dan saya akan berkongsi pendapat saya tentang apa yang kurangnya filem Malaysia.
Sebentar tadi semasa saya sedang menikmati makan malam saya di sebuah gerai, saya terlihat sebuah trailer filem Melayu Malaysia yang bertajuk "Pada Suatu Cinta Dahulu". Sejujurnya, saya tak ingin menonton filem tersebut berdasarkan apa yang dipaparkan di trailer tersebut.
Suatu perkara yang sangat penting untuk menjual sebuah produk (dalam kes ini, filem) adalah "first impression". Bukan nak mengajar David Teo, beliau sangat berjaya, saya pula tak punya apa. Tapi trailer filem beliau kebanyakannya tak menarik. Dalam kes ini, trailer. Bila trailer filem tersebut tak menarik, secara automatik penonton tak akan tertarik atau tertunggu-tunggu untuk filem tersebut keluar. Lihat sahaja trailer filem-filem hollywood. Bukan nak membandingkan epal dan oren, tapi di hollywood, ada pihak yang tugas mereka khas untuk membuat trailer. Di Malaysia kalau anda lihat, kebanyakan trailernya hanya seperti tangkap muat sahaja.
Pernah saya tertonton filem yang biasa-biasa sahaja, tapi kerana trailernya yang meyakinkan, saya tertarik untuk menonton. Walaupun saya rasa tertipu, tapi bukankah tujuan menjadi businessman (secara umum, untuk orang Islam, lain perspektifnya) adalah untuk mengaut keuntungan?
Kesimpulannya, buatlah trailer itu bersungguh-sungguh dan terbaik. Sampai di sini dahulu buat masa ini, Jumpa lagi di masa hadapan.
Jumpa lagi,
See You,
Hasta Luego
Mata Ne,
Wassalam...