Archive for September 2012

Padan muka produser-produser bodoh!

Filem ini seharusnya mencipta sejarah kerana ianya filem 3D pertama Malaysia. Gambar diambil dari sini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengujung setia "Infinitesane Daily". Selamat datang ke "Mega Monday" untuk kali ini. Hari ini saya ada membaca di surat khabar yang menyatakan kutipan filem-filem melayu semakin merosot. Begitu juga dengan kutipan di Aidilfitri, dimana filem seram sejuk dan S.A.M ditayangkan. Sejujurnya saya sendiri tak pernah mendengar filem yang bertajuk "seram sejuk" itu.

Pada saya, saya menyalahkan produser yang terlalu rakus mengambil peluang untuk menerbitkan filem atas sambutan penonton tempatan yang memberangsangkan di pawagam. Akhirnya, kualiti filem yang diterbitkan menjadi seperti sampah. Sejujurnya, saya merasa kasihan dengan filem 3D pertama Malaysia yang gagal mengutip sehingga satu juta pun. Kenapa ya? Apa yang menyebabkan penonton semua "lari" dari panggung wayang?

Pada saya, disebabkan kualiti cerita-cerita yang tak memberangsangkan menyebabkan penonton merasa bosan dan tidak lagi berharap untuk mendapat hiburan dari filem tempatan. Contohnya, filem "Momok - Jangan Cari Pasal" yang terbaru ini, ditayangkan iklannya di Astro First banyak kali, jelas menunjukkan betapa rendahnya kualiti komedi yang disajikan. Mana penonton tak lari?

Meranalah filem-filem seperti "29Februari", "S.A.M", dan 8 Jam. Penonton Malaysia pada pandangan saya kebanyakannya gemarkan filem yang berunsur komedi. Namun, pengisian yang kosong dan komedi yang tak berkualiti tak akan menjamin kejayaan sesebuah filem itu, lihat sahaja filem "Uncle Usin", filem tersebut dilakonkan oleh Jozan (semasa muda) namun tak mendapat sambutan dek kerana isinya yang tak berkualiti.

Saya tak berniat untuk bercerita panjang, cukuplah sekadar peringatan buat produser-produser di luar sana yang kalau filem itu tak berkualiti, buat sajalah telemovie... Janganlah gadaikan nilai kualiti yang tinggi semata-mata nak mengaut keuntungan, tak untuk pun... Sekadar rekod, tahun ini, hanya "Adnan Sempit 2", "Mael Lambung" dan "Jalan Kembali" yang saya kira agak berjaya. Filem "Hantu Gangster" arahan Nameewee juga agak berjaya. Memang selepas saya menonton "Nasi Lemak 2.0", saya dapat rasakan kualiti dalam filem arahannya, tanpa mengambil kira kontroversi-kontroversi yang melibatkannya.

Sampai disini sahaja dahulu. Jumpa lagi lain kali.

Wassalam,
K-tea.
Monday 10 September 2012
Posted by Infinitesane 2.0

Popular Post

- Copyright © Infinitesane Daily -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -