Posted by : Infinitesane 2.0 Monday 17 June 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane Daily. Bermula dari minggu lepas, saya telah "melancarkan" hari tweet dalam jawi setiap hari Isnin dengan harapan dapat menarik minat golongan muda untuk menyayangi dan menyelamatkan jati diri mereka. Saya masih tak faham mengapakah pihak kerajaan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan tulisan jawi ini. Ianya Bahasa Melayu, bukannya bahasa yang asing. Mengapa tiada syarikat-syarikat multinational tidak diwajibkan memasukkan tulisan jawi dalam description produk mereka? ia salah satu langkah yang baik pada pandangan saya. Mujurlah seiring dengan arus peredaran zaman, masih ada pihak yang berusaha untuk memastikan tulisan jawi masih relevan di zaman globalisasi ini.

Peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan telefon pintar semakin meningkat. Kalau saya lima tahun yang lalu tak dapat membayangkan untuk memiliki telefon pintar. Malah ketika itu telefon pintar adalah perkara yang asing bagi rakyat Malaysia. Betapa pantasnya pengaruh telefon pintar ini memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Ianya tak memerlukan sedekad untuk mencetuskan budaya baru di Malaysia. Untuk mengelakkan saya berceloteh lebih panjang lebar di sini, saya akan mulakan tutorial untuk telefon pintar dan tablet dahulu berdasarkan hujah saya diatas ini.

Saya tak dapat pastikan samada apps ini ada di apple apps store kerana saya bukanlah seorang pengguna barangan apple, saya tak mampu. Jadi ini adalah untuk android device sahaja. Mula-mula pergi ke "google play store". Kemudian buat carian "MultiLing Keyboard" seperti di bawah:


Kemudian, cari Plugin Jawi dari developer yang sama, seperti gambar di bawah:


Setelah selesai install apps dan plugin, pergi ke apps menu untuk "enable language". Cari Bahasa Melayu (dalam tulisan jawi, ianya ada di bawah), dan tick Bahasa Melayu.


Sekarang, untuk "enable" MultiLing keyboard sebagai default keyboard, anda boleh pergi ke Setting, Language & input dan tap perkataan default untuk memilih keyboard default anda, pop-up akan keluar dan anda perlu pilih MultiLing Keyboard.



Untuk memilih keyboard, tekan "spacebar" lama-lama, pilih tulisan. Tulisan Korea pun ada. Saya biasanya menggunakan keyboard English, Jepun dan Jawi. Sekarang, anda boleh tweet dalam tulisan jawi di mana sahaja anda berada!


Untuk komputer, untuk setting tulisan jawi sangat mudah. Tetapi ada kekurangan yang ketara. Iaitu tulisan font ini agak kecil dibanding dengan tulisan rumi. Satu lagi, anda akan menghadapi kesukaran andainya anda tidak menghafal kedudukan huruf jawi di keyboard anda. Penyelesaiannya? Beli sticker untuk keyboard jawi. Tapi secara peribadinya, saya tak suka pelekat di keyboard saya. Maka saya lebih suka menulis jawi di telefon pintar saya sahaja. Untuk install tulisan jawi, pergi ke ejawi.net dan muat turun keyboard jawi, pilih release date yang paling terkini, biasanya pilihan paling bawah. Ianya dalam format zip. Siap muat turun, ekstrak dan ada manual pemasangan dalam folder yang telah diekstrak. Selamat mencuba!

Wassalam...
K-tea

{ 2 comments... read them below or Comment }

Popular Post

- Copyright © Infinitesane Daily -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -