Archive for May 2013

Orang-orang Muda Luar Sana, Anda Ada Akaun Tabung Haji?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane Daily yang dihormati, seperti biasa, sebelum saya memulakan penulisan saya, ingin saya seperti biasa memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini dengan lebih kerap. Saya telahpun mempunyai komitmen saya yang lebih saya utamakan. Namun, tidaklah pula terlintas di kotak fikiran saya untuk meninggalkan ia selama-lamanya.

Hari ini hari rabu. Bermakna ia adalah slot "Wednesday Wonder". Untuk entri santai kali ini ingin saya kongsikan apa yang saya lakukan baru-baru ini.

Tahun lepas, bapa saya mengarahkan semua ahli keluarga saya untuk membuka akaun Tabung Haji, termasuklah cucunya. Tabung Haji telah mengumumkan bahawa waiting list untuk jemaah haji mendapat panggilan adalah secara kasarnya perlu menunggu selama 20 TAHUN! bayangkanlah!

Apa yang ingin saya tekankan disini adalah untuk kita, terutama yang muda untuk mula membuka dan menyimpan di tabung haji supaya tak perlulah kita perlu terlalu tua untuk mendapat panggilan haji. Saya masih belum "menempah" nama dalam list yang hendak pergi menunaikan haji. Bukanlah untuk beralasan, tapi ia adalah kerana saya masih belum berkahwin. Saya risau sekiranya waktu saya dipanggil nanti tak sama dengan isteri saya. Maka, sekiranya saya berkahwin nanti, antara perkara terawal akan saya lakukan adalah untuk mendaftar untuk pergi menunaikan haji. Tapi duit dalam akaun kenalah ada ya?

Saya tahu dan sedar bahawa semakin kita meningkat usia, sebelum tua, kita ada berbagai "obligation" yang perlu diselesaikan. Banyak perkara lain lagi perlu diberi komitmen. Kereta, rumah, perbelanjaan rumah dan sebagainya. Bagaimana jika kita dapat "allocate" nisbah pendapatan kita secara peratus supaya dapat dimasukkan ke dalam akaun tabung haji. Mungkin juga bagi perokok-perokok di luar sana menjadikan haji sebagai motivasi mereka untuk berhenti merokok? Gunakan perbelanjaan rokok bulanan anda, ambil satu atau dua minggu perbelanjaannya untuk disimpan kedalam akaun? anda dapat mengurangkan tabiat merokok anda. Malah, mungkin suatu hari nanti anda akan dapat berhenti terus dari tabiat merokok. Saya tak nak berhujah tentang sisi kesihatan. Anda ada hujah anda tersendiri. Tetapi secara terang-terangan ianya adalah suatu pembaziran bukan? Saya tahu sukar untuk anda berhenti namun sikit-sikit mencuba, Insya Allah berjaya.

Simpanlah sedikit-sedikit setiap bulan atau setiap beberapa bulan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Biar sikit, asalkan istiqamah. Bukankah itu yang digemari Allah?

Nampaknya sampai disini sahaja dahulu coretan saya, harap saya dan anda dapat manfaatnya.

Jumpa lagi,
See you later,
Mata ne,
Hasta luego,
Wassalam...

K-tea.
Wednesday 22 May 2013
Posted by Infinitesane 2.0

Popular Post

- Copyright © Infinitesane Daily -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -