- Back to Home »
- Mega Monday , ShowBiz »
- Azwan Ali: Terlebih Sudah?
Posted by : Infinitesane 2.0
Monday, 18 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane. Selamat datang ke "Mega Monday" hari ini. Hari ini saya harap akan jadi entri pendek kerana saya hendak menonton WWE No Way Out yang saya terlepas pagi tadi. jadi saya memilih subjek Azwan Ali di Masterchef Selebriti.
Ramai yang menonton Masterchef Selebriti. Ramai juga yang tidak suka akan karenah Azwan Ali. Saya secara personally, memang tidak gemar dengan attitude dia. Tapi dari segi yang lain, kehadiran Azwan Ali sangat ditagih untuk menghidupkan susasana. Rancangan realiti. Secara logiknya, ia perlukan daya tarikan untuk menarik penonton menonton rancangan tersebut.
Sepertimana kita tahu, Masterchef Malaysia musim pertama tidak terlalu banyak drama yang dapat kita saksikan. Hanya emosi sedih dan kegigihan sahaja yang dapat dipertontonkan. Inilah masanya, dengan adanya penglibatan selebriti, adalah diharapkan dapat menghidupkan drama dalam pertandingan. Maka dapatlah kita melihat pergaduhan dan antagonis serta protagonis dalam rancangan ini. Kalau anda pernah menonton Masterchef America, watak antagonisnya adalah Christian yang bongkak dan sering merasakan bahawa dia sahajalah yang betul. Malah, dia pernah tak sebulu dengan juri. Jurinya juga pandai berdrama. Jadi, dapatlah saya katakan ianya sukses.
Begitu juga dengan Masterchef Selebriti Malaysia. Azwan Ali, Raja Azmi dapat menghidupkan emosi benci kepada penonton. Fazley pula memainkan wataknya sebagai "orang baik" dengan baik, kerana memang begitu sikapnya di luar. Angah dapat menghiburkan penonton dengan gurauannya. Sayangnya Raja Azmi telahpun tersingkir. Saya berharap Azwan Ali dapat kekal sehingga sekurang-kurangnya 4 terakhir.
Apa pula isunya? Isunya adalah bila Azwan Ali menuduh Raja Azmi menggunakan "Mak Esah" atau bomoh untuk memenangi sebuah cabaran. Saya merasakan ianya agak keterlaluan apabila dia menuduh sedemikian rupa. Kalau Raja Azmi menggunakan bomoh, mengapa dia tidak memenangi tiap-tiap cabaran? Dan bagaimana pula dia boleh tersingkir sekiranya benar dia menggunakan bomoh? Mungkin Azwan hanya dalam karekter(Tiada buruk sangka). Tetapi dia telah melampaui batas. Dia boleh merasakan dirinya paling bagus, tetapi dengan menuduh Raja Azmi menggunakan bomoh boleh menyebabkan lelaki yang telah mengerjakan umrah ini mendapat dosa kering. Janganlah persiakan umrah anda itu wahai Azwan Ali.
Sampai disini sahaja, jumpa lagi esok hari dalam "Techy Tuesday" InsyaAllah. Saya doakan saudara kita, Muslim Rohingya di Myanmar mendapat pengadilan yang sewajarnya. Begitu juga dengan saudara-mara kita yang ditindas di luar sana agar beroleh kekuatan dan kemenangan dari Allah SWT.
See you tomorrow,
Hasta mañana,
Mata ashita,
Wassalam.
dari,
K-tea.