Posted by : Infinitesane 2.0 Thursday, 7 June 2012


Imej diambil dari sini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane Daily. Dalam "Thursday Thriller" kali ini saya ingin berkongsi tentang sesuatu yang pastinya akan berlaku dalam masa terdekat ini.

Seperti dalam tajuk diatas, pastinya anda semua yang mengikuti rancangan-rancangan televisyen amat sedar yang secara tiba-tiba banyak iklan tentang kebaikan kerajaan. Salah satunya ialah iklan "janji ditepati". Pada mulanya, saya ingatkan iklan tersebut adalah iklan raya atau iklan kemerdekaan. Tapi kedua-duanya masih lambat lagi. Iklan-iklan yang disiarkan sangat cantik sinematografinya dan lakonan mantap pelakon yang saya tak kenal, ala-ala iklan Yasmin Ahmad dahulu. Rupa-rupanya iklan "Bantuan Rakyat 1 Malaysia: Janji ditepati". Malah, stesen televisyen "swasta" juga ada menyiarkan iklan "Suara Anda" yang menceritakan kebaikan dan manfaat kerajaan.

Ini semua adalah iklan-iklan propaganda kerajaan menandakan pilihanraya semakin hampir. Jadi apa peluang yang tak patut kita lepaskan? Hahaha...inilah peluangnya nak minta bermacam-macam permintaan daripada kerajaan. Pastinya akan didengari. Selepas terima bantuan, kenalah puji kerajaan melambung tinggi sikit. Harga minyak RON97 turun 10sen, TERIMA KASIH PM... Atlet menembak yang mengandung perlukan bantuan agar dapat membawa suaminya ke Olimpik, dengan segera dapat didengari oleh PM sendiri. Agaknya kalau ini bukan musim pilihanraya, berapa lama agaknya baru PM ambil tahu. Silap-silap rakyat sendiri yang mengumpul dana untuk membantu mereka. Tetapi perkara sudahpun berlaku, TERIMA KASIH PM!

Saya ingat lagi, semasa pilihanraya ke-12 sebelum ini, Pak Lah ada buka laman web supaya rakyat dapat bertanya soalan kepada beliau. Saya ada bertanyakan soalan, tetapi saya agak pasti beliau tak dapat membacanya. Pastinya soalan-soalan tersebut akan ditapis dan barulah akan dijawab oleh beliau atau wakil beliau. Nak tahu apa soalan saya? Saya tanya "kenapa hanya iklan kerajaan sahaja yang disiar di televisyen? Kenapa pembangkang tidak mendapat ruang untuk mempersembahkan manifesto mereka di iklan dan di kaca televisyen? Iklan-iklan kerajaan di TV itu adakah termasuk dalam bajet pilihanraya atau cekup mana-mana sahaja?" Jadi saya suggest bahawa pihak pembangkang dapat hak untuk menyiarkan manifesto mereka melalui iklan dan di kaca tv. Biarkan mereka gunakan bajet yang mereka ada. Takut ke? Perlulah ada garis panduan dalam penyiaran iklan dan manifesto tersebut seperti "tidak dibenarkan memburuk-burukkan pihak lawan dan sebagainya".

Agak malang kerana saya tak dapat mencari sebarang video iklan propaganda tersebut dalam youtube. Jadi tiada buktilah sekiranya anda tidak menonton televisyen.

Perlu saya tekankan disini, saya tidak menyokong mana-mana pihak. Saya tak suka manusia berbalah, memburukkan dan memfitnah orang lain apatah lagi seagama dan sebangsa. Rasulullah S.A.W dahulu berjaya menghapuskan budaya Asabiyyah dalam bangsa Arab. Itulah perkara yang perlu ditekankan. Bukan tak boleh berpolitik, kita tetap memerlukan pemimpin, tetapi cukuplah dengan sekadar memberitahu manifesto dan alasan mengapa seseorang itu layak menjadi pemimpin. Tak perlulah memburukkan orang lain. Tak manis...

Sampai disini sahaja entri kali ini, jumpa lagi esok di "Berkat Jumaat", InsyaAllah.

See you tomorrow,
Hasta mañana,
Wassalam.

dari,
K-tea.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © Infinitesane Daily -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -