- Back to Home »
- Badminton , Sport , Sporty Saturday »
- Tak Apa Chong Wei; Tiada Tekanan Buat Anda!
Posted by : Infinitesane 2.0
Saturday, 9 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung Infinitesane Daily. Saya agak lambat hari ini kerana saya keluar dan baru pulang sebentar tadi. Sebelum saya memulakan entri hari ini, saya ingin memberitahu yang ini adalah entri terakhir bagi minggu bahasa melayu ini. Sepertimana "Berkat Jumaat" yang sering ditulis dalam bahasa melayu, begitu juga dengan "Sunday Sunnyday". "Sunday Sunnyday" adalah entri yang berkaitan dengan wrestling. Agak canggung bila menulis tentang wrestling dalam bahasa melayu. Makanya, esok akan kembali semula berbahasa Inggeris. Bila lagi "minggu bahasa melayu"? Tiada jawapan kerana saya akan memilih minggunya secara rawak dalam bulan tersebut.
Kembali kita kepada topik hari ini. Saya berharap entri ini pendek kerana saya belum mandi lagi dan perlu segera mandi. Lee Chong Wei (LCW) menjadi sandaran Malaysia untuk merangkul emas pertama Malaysia dalam sukan Olimpik. Namun, kecederaan yang dialami semasa Piala Thomas semasa menentang Thomas membuatkan peminat tertanya-tanya tentang peluang beliau untuk mendapatkan emas pertama sukan Olimpik.
~Secara logikalnya~
Secara logiknya, peluang LCW untuk merangkul emas semakin tipis. Ini diakui oleh jurulatih beliau. Beliau mungkin tak dapat mencapai prestasi terbaiknya pada sukan Olimpik ini. Begitu Juga dengan pendapat orang ramai.
~Harapan~
Orang ramai bukanlah mengharapkan kegagalan LCW dalam pertandingan ini. Kami sentiasa berharap agar beliau berjaya dalam segala yang beliau lakukan dalam mengharumkan nama negara. Kami cuma menjadi realistik. Secara realistik, peluangnya sudah tidak lagi terlalu cerah untuk merangkul pingat emas. Ini adalah supaya LCW tidak merasa bebanan dan tekanan semasa menghadapi perlawanan beliau. Supaya beliau tahu yang rakyat Malaysia tak akan menyalahkan beliau andainya prestasi beliau tidak memberangsangkan. Cuma saya kasihan jika beliau gagal kali ini. Ini mungkin Olimpik terakhir beliau, jadi sangatlah mengecewakan andainya sebagai pemain nombor satu dunia beliau gagal merangkul emas dalam olimpik. Saya juga secara peribadi tidak mengharapkan beregu Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong untuk merangkul emas. Mereka sangat tidak konsisten beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh itu, tiada tekanan buat pemain badminton Malaysia di Olimpik kali ini.
~Kesimpulan~
Saya berharap agar BAM dapat melunaskan janji mereka untuk menghasilkan generasi baru Malaysia yang akan menjadikan Malaysia negara yang disegani dalam kancah Badminton dan menjadi pilihan utama untuk menjuarai piala Thomas. Dan tidaklah lagi kita berharap kepada satu-satu pemain sahaja.
Sampai disini sahaja entri kali ini. Jumpa lagi di "Sunday Sunnyday" esok dalam bahasa Inggeris, InsyaAllah.
See you later,
Hasta mañana,
Mata ashita,
Wassalam.
dari,
K-tea.