Posted by : Infinitesane 2.0 Tuesday, 5 June 2012

Assalamualaikum and welcome to today's "Techy Tuesday". First of all, I would like to make an announcement that I'm now officially calling this week as "Malay Week". One week in every month, I'll post all Malay entries for the Malaysian visitors. The concept begin this week. I just thought about that a few hours ago. But, as usual, "Berkat Jumaat" will always regularly written in Malay. So, that is my announcement. And now lets go to our topic. Malay mode: ON


Saya baru-baru ini memberitahu dalam profil facebook saya yang Johan Era membalas twitter saya. Saya tahu, ianya bukanlah sesuatu yang sangat hebat dan boleh dibanggakan. Tetapi bagi saya, ianya tetap satu pencapaian peribadi dalam hidup saya. Hahaha, macam poyo kan? Dalam ruangan komen, saya diberitahu oleh rakan saya yang dia tak tahu menahu tentang penggunaan twitter ini. Abang saya juga memberitahu saya yang dia tidak memahami cara menggunakan twitter ini. Makanya, entri ini akan menceritakan serba sedikit tentang konsep penggunaan twitter. Ianya bukanlah penerangan menyeluruh, anda boleh mencarinya sendiri di google. Tapi, anda tak perlu pun bersusah payah mencari penerangan panjang berjela di internet. Kerana anda tak perlu tahu terlalu banyak pun untuk mendapat faedah dari twitter ini.

~Ayuh Mulakan!~

Mari kita mula dengan muka depan twitter. Anda boleh klik gambar dibawah ini untuk ke laman utama twitter.


Anda boleh mendaftar di laman utamanya, anda boleh customize profil anda di setting. Dan, untuk pengetahuan anda, gambar profil di facebook tidak membenarkan penggunanya memuat naik gambar beranimasi yang biasanya berformat .gif. Bila anda memuat naik gambar beranimasi gif, anda hanya akan mendapat gambar yang tidak bergerak (still image). Tetapi di twitter, setakat entri ini ditulis(5 Jun 2012), mereka membenarkan pengguna menggunakan gambar profil berformat gif yang beranimasi. Silalah lawat laman twitter saya. Saya menggunakan gambar beranimasi gif. Anda boleh klik di butang "Follow Me on Twitter" di kanan atas atau anda boleh klik gambar profil saya dibawah ini:


~Laman Utama Akaun Anda~

Inilah yang akan anda lihat di laman utama akaun anda:


Kalau anda perasan, dalam gambar tersebut ada berbagai-bagai nama akaun seperti tokyohive, Engadget, TechCrunch dan The Star. Itu adalah antara akaun-akaun yang saya "follow". Apabila kita follow sesebuah akaun, apabila mereka "mengupdate" twitter mereka atau istilahnya tweet sesuatu, kita akan dapat mengetahui apa yang mereka tweetkan apabila kita sedang online. Itulah antara faedahnya menggunakan twitter ini. Anda tak perlu aktif, anda hanya perlu "follow" sesuatu untuk mendapat berita atau perkembangan semasa dari mereka yang anda follow itu.

~Tag(@) & Hashtag(#)~

Sekiranya anda pengguna facebook, istilah "tag" sudah tidak asing bagi anda. Konsepnya sama sahaja dengan twitter, cuma simbol (@) itu tidak hilang seperti di facebook. Manakala, untuk Hashtag(#) pula, ianya adalah topik. Topik tersebut mungkin akan menjadi trend di dalam "dunia twitter" apabila semakin ramai pengguna menggunakan (#TopikAnda) dalam "tweet" mereka. Anda boleh sertai sesebuah topik dengan mencari(search) topik tersebut dalam ruangan carian. Ini adalah topik (#RAW) yang saya lihat dan sertai pagi tadi semasa menonton WWE RAW secara live:


~Retweet~

Akhir sekali, istilah "retweet" ini adalah apabila kita terjumpa sesebuah tweet yang menarik, kita ingin berkongsi dengan orang yang "follow" kita, maka kita retweet tweet tersebut.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan, saya juga salah seorang yang tiada pengetahuan langsung mengenai twitter ini apabila saya membuka akaun twitter saya. Tujuan saya membuka twitter adalah untuk laman blog inilah. Jadi, teruskan explore, dan semoga anda dapat manfaat dari twitter.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © Infinitesane Daily -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -