Posted by : Infinitesane 2.0 Friday, 8 June 2012

Gambar diambil dari sini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semuapengunjung Infinitesane Daily. Maafkan saya kerana entri kali ini agak pendek kerana saya sangat kecewa dengan mutu pengadilan perlawanan persahabatan Singapura menentang Malaysia sebentar tadi. Singapura terpaksa menggunakan taktik keji apabila referee membuat keputusan berat sebelah dan tak masuk akal sebentar tadi. Ini berlaku disebabkan Singapura sangat tak ingin tewas di gelanggang sendiri. Singapura yang terdesak selepas ketinggalan 2-0 terus menggunakan referee sebagai pemain ke 12 mereka. Saya akan update blog saya satu lagi selepas ini.


Baiklah, kembali ke topik kita. Sejak kebelakangan ini, saya pernah beberapa kali datang ke masjid negeri Shah Alam. Saya tak pasti samada perkara ini telah pun dibuat sebelum ini atau tidak. Perkara yang saya maksudkan ialah dengan lambakan gerai-gerai di dalam kawasan masjid. Orang ramai menjual pelbagai barangan seperti minyak wangi, baju, buku, air, makanan dan sebagainya. Saya tak pernah pula nampak benda ini sebelum ini. Saya memang dah agak lama tidak menjejakkan kaki ke masjid negeri semenjak BN memerintah Selangor lagi. Mungkin andaian saya ini salah tetapi saya andaikan bahawa semenjak PKR pegang Selangor, mungkin mereka yang beri kebenaran kepada peniaga-peniaga tersebut. Pada mulanya saya ingatkan ianya hanya untuk hari Jumaat. Tetapi sewaktu saya menghadiri ceramah Syria beberapa bulan lalu, gerai-gerai ini memang telah dibuka.

Entri ini bukanlah berbaur politik, sepertimana yang saya cakapkan semalam, saya ini tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi kalau ada perkara baik, apa salahnya kita kongsi bukan? Pada pendapat saya, saya suka dengan kehadiran peniaga-peniaga di masjid tersebut. Dengan adanya peniaga-peniaga tersebut terasa masjid tersebut lebih meriah dan dapat mengimarahkan masjid tersebut. Surau di depan rumah saya ini, dengar khabar bahawa akan dibuka kedai baju, sebelum ini kedai gunting rambut dan pusat latihan memandu telah pun dibuka.

Namun, sebentar tadi, semasa saya menaiki kereta bersama jiran saya untuk pergi ke solat Jumaat, beliau menyatakan rasa tidak setuju beliau terhadap cadangan tersebut. Saya tidak membantah dan hanya berdiam diri. Saya hormat beliau. Lagipun ia adalah pandangan subjektif. Bagaimana pula dengan pandangan anda? Anda setuju atau tidak yang surau/masjid hanya sebagai tempat beribadah? Sebelum saya menghabiskan entri ini, ini hujah saya; Rasulullah SAW dahulu menjadikan masjid sebagai tempat bermesyuarat tentang strategi perang dan sebagainya. Bukan hanya sebagai tempat beribadah. Mungkin anda ada hujah yang dapat menyangkal hujah saya? Sila berikan komen anda.

Sampai disini sahaja, jumpa lagi esok di "Sporty Saturday", InsyaAllah.
See you tomorrow,
Hasta mañana,
Mata ashita,
Wassalam.

dari,
K-tea.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © Infinitesane Daily -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -